My Beginner Crochet Collection Project

❤ HELLO, THANK YOU FOR DROPPING BY ❤

For today post aku nak share kat korang some of my few beginner project yang aku rasa sangat sesuai untuk amateur. I just wanted to inspired amateur crocheter yang maybe tengah scrolling for ideas for next project and aku juga nak share some of my experience during making this project.

Actually ni adalah collection lama aku dan aku rasa impress sebap structure project aku still standing even though yarn selection aku is a little bit off. First tips yang aku nak share sebelum start sesuatu project adalah, kita kena tahu apa kita nak crochet, di mana kita nak pakai dan juga pastikan yarn selection kita tu boleh pakai lama. Also aku suka dengan gaya hidup minimalist, setiasa beli bahan yang kita perlukan sahaja kalau tak in the end kita ada piles of yarn yang terbiar macam aku dulu dulu. This tips untuk crocheter personal je kalau dah buat business tu lain la kan. ☺

Aku start crochet ni dari 2 tahun lepas kalau tak silap, dulu aku suka sangat beli yarn multi colour dan collect yarn yang aku tak tahu bile nak pakai, tiap kali aku start project selalu je ada masalah kekurangan yarn sebap stock yarn yang aku ada tak sesuai dengan my current project. So dalam project ni aku tak nak waste my yarn yang aku beli jadi aku buat basket kecil. Nampak macam aku buat single polyester  yarn yang multicolored kan tapi ni 1cm acrylic yarn dan aku combine 2 jenis warna. Project ni makan dalam 200gm untuk setiap colour. so just standby dalam 400gm total. Also method ni sangat sesuai kalau korang yang ada lebihan yarn dari project lain. Ni pun kira tips la kalau korang ada banyak lebihan yarn, just cantum cantum dah jadi la macam ni, also teknik double yarn ni sangat sesuai untuk project yang perlukan structure. Basket ni la tempat letak lebihan yarn aku selalu, lebih organize also lawa untuk deco. Design ni pun tak da la susah sangat cuma guna satu jenis jahitan je, yang ni aku just guna single crochet dari awal sampai akhir dan aku guna hook kecil sikit untuk dapati jahitan yang ketat. Some of project crochet ni tak boleh cuci dengan washing machine apa lagi yang pakai wool yarn, tapi basket aku ni survive dalam washing machine sebap aku guna acrylic yarn dan juga single crochet aku ni ketat. 


Bila aku buat my 1st basket terasa pula nak buat satu lagi untuk simpan my yarn stock. Aku tefikir juga kenapa tak beli rak organizer atau beli kotak organizer je untuk simpan yarn aku tapi kalau aku buat macam tu aku tak rasa best sebap aku suka sangat ada collection basket handcraft yang aku buat sendiri, so why not buat lagi kan. ☺ So this design aku buat design yang sama tapi jahitan lain sikit. aku dah try single crochet tapi terlalu biasa dan aku tak dapat height yang aku nak. Ni adalah salah satu project besar aku mula mula belajar dulu, tips aku boleh share kat korang kalau korang buat project sama macam aku pastikan korang beli benang yang sama besar kalau nak ada colored change. Project korang tak akan bediri sama rata kalau saiz yarn korang berbeza, also aku taw Acrylic tak sesuai dengan project macam ni tapi aku tak kesah sangat sebap tu terpulang dengan creativity masing masing dan kalau guna acrylic korang kena pandai pilih jenis jahitan untuk form structure. Tapi aku tetap suggest korang guna Yarn yang keras macam nylon atau polyester yarn. So in this project aku guna single crochet untuk tapak then wall aku buat half double crochet dulu dalam satu round then, 2hdc + 1dc = double crochet ni korang insert kat row bawah hdc. Dalam project ni aku pakai dalam 300gm size 3cm. Design ni sesuai sangat untuk amateur sebap pattern ni tak perlukan kiraan cuma tapak je yang kena kira sebap kalau kita miss increase stitch bulatan korang tak akan jadi. TBH tapak aku ada banyak kali practice, selalu aku miss kiraan tapi i still have fun. 



Bila aku dah siap project ni, aku teringin nak buat lapis meja. Actually aku banyak buat lapis meja sebap pattern dia just repetitive. Santai je nak buat boleh buat sambil tengok tv. Aku juga banyak buat crochet mandala tapi in this post aku tak selitakan sebap in this post aku just focus untuk amateur crocheter. After aku belajar pelbagai teknik dan pattern crochet aku nak challenge diri aku untuk guna benang nylon yang halus ni, benang ni pun sesuai untuk buat lace also jenis cotton pun ada. Bila kita pakai benang yang halus ni ada banyak challenge yang kita kena hadap.

Focus kena 101% sebap chain kita tu terlalu kecil sangat mudah untuk kita miss stitch, hook pun dalam 2mm je aku pakai. Dalam 1 ke 2 jam buat project ni tak da da masalah tapi bila da terlalu lama mula la sakit mata, tangan lenguh dan sakit kepala. Aku tak hairan la kenapa satu lapis meja jenis ni boleh ambil masa sampai 3 bulan dan siapkan. Even aku guna satu roll je dan simple pattern still project aku ni hampir 3minggu. but aku banyak skip masa la sebap believed me project ni sangat challenging. Kalau korang masih baru dalam hobby ni aku suggest pilih pattern yang sangat simple macam aku ni kalau korang interested korang boleh tengok tutorial Granny Square. Aku da lupa ada berapa gm dalam satu roll tapi satu roll ni boleh muat untuk night stand drawer. Aku teringin juga nak buat mandala atau lace pattern untuk coffee tablet tapi aku tak dapat kekuatan tu lagi. heehehhe. 






Dalam dunia crochet ni kita kena banyak kena fikir logic also kena faham teori crochet macam mana. Kita kena banyakkan training, kena banyak research also kena banyak tengok tutorial. Once kita dah tahu teori crochet banyak design yang kita boleh cipta sendiri, nak buat free style pun senang sangat. Aku belajar dulu tak smpai seminggu dah boleh buat macam macam, dalam seminggu ada 2 3 project aku dapat siapkan tapi yang paling penting kita kena enjoy la dengan apa kita buat. Kalau buat setengah jalan je tak kan jadi macam tu juga dengan hal yang lain. 

Aku harap posting aku hari ni dapat membantu serba sedikit untuk amateur crocheter. Setiasa challenge diri korang, sebap tak ada yang impossible kalau korang tak cuba. Be inspired dan sentiasa enjoy dengan project korang. Tak perlu terikat sangat dengan LAW crocheter just buat je ikut suka korang nak macam mana, be creative. Bye guys, HAPPY CROCHETING ❤ ✌



























 

Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
Hebatnya sis 😍