HOMEMADE IKAN TAUSI @ IKAN MASAK KACANG ITAM PRESSURE COOKER


❤ Hello, Thanks for visiting my Blog ❤

Today aku nak share sikit resepi bonda aku kat korang. Rasa rindu sangat dengan masakan bonda tambahan lagi dengan PKPB ni tak dapat la balik ke kampung nak merasa air tangan bonda. Jadi aku minta resepi je dengan Bonda dan boleh la share kat korang sikit. 

Resepi ni quite familiar dalam masakan Melayu dan Cina. Cara masak pun senang je kalau pakai pressure cooker tapi guna kuali biasa pun xde hal. Musim Virus ni mesti ramai orang tengah cari resepi baru dan ramai juga yang tengah cari idea nak buat menu berniaga. Nak bandingkan dengan ikan tausi dalam tin tu aku rasa resepi ni lagi padu sebap korang boleh modify masakan ikut selera sendiri. Rasa kepuasan sendiri bila masak sendiri kebersihan pun dapat di jaga.

Bahan-bahan Basah:

    •  1kg Ikan Basung 
Bahan-bahan Tumisan:
    • Bawang Merah  ( 6 biji ikut selera masing2)
    • Bawang Putih ( 3 ulas)
    • Halia (sebesar Jari ibu)
    • 1 pack kacang hitam (Rendam dahulu dalam 5 ke 10min)
    • Tomato 2-4 biji (ikut besar) / Chili (ikut selera)
    • minyak secukupnya
Bahan perasa:
  • Cukup rasa/perencah mee goreng /mihun 1pck (paste)
  • Gula

    • Cara masak:

        • Goreng ikan dahulu dan perasakan ikan. Goreng kena garing garing
        • selepas da siap goreng ikan boleh la tumis bawang dan halia, bawang dan halia tu kena hiris kecil2 bukan tumbuk atau blend. lagi baik kalau pakai blader khas untuk chopper 
        • kalau bawang tu da mula garing boleh la letak tomato yg telah di potong kecil, kalau nak guna chili je pun xpa tapi lagi sedap kedua2nya sekali 
        •  masukan kacang hitam dan jangan lupa toskan air kacang sebelum letak
        • lepas da naik bau kacang hitam tu boleh la masukan ikan yang dah di goreng
        • letak air segelas atau air yang cukup untuk paras ikan
        • dah letak air boleh la set pressure cooker dalam 10minit
        • then da habis 10 min boleh la tukar setting slow cook dalam 3 jam
        • selama 3 jam tu sentiasa cek masakan kita, nak tahu ikan tu dah siap bila minyak tu da naik
        • kalau minyak da terbit boleh la set stir fry dan masukan bahan perencah ikut la nak letak cukup rasa sedikit atau nak letak paste mee goreng  tapi aku lagi suka kalau pakai dua2.  Then blh letak gula satu sudu atau ikut selera masing.
        • Xperlu letak garam sebap ikan tu da letak perasa dan kacang hitam tu da ada rasa masin, tapi rasa la dulu sebelum letak garam
        • kalau air masakan da pekat masakan dah siap dan boleh dihidang

      So ni resepi guna pressure cooker, kalau xda pressure cooker boleh guna kuali biasa. Cuma lepas dah masuk ikan dan air boleh set api sedehana. Jangan lupa gaul tapi jangan kerap nti rosak ikan tu dan sentiasa tutup kuali. Bila da rasa kacang hitam tu lembut dan minyak dah naik boleh la letak perasa dan kuatkan sedikit api untuk pekatkan kuah.


      Selamat mencuba ye guys.





      Post a Comment

      2 Comments

      ikapida said…
      aduiiiii tusliurrr aq tngk, 🤤🤤🤤🤤
      Au banar tutumbui. Jadi gas ⛽️?