I TRIED EMBROIDERY FOR THE FIRST TIME ✌



 ❤ Hello, Thank you for dropping by 

Today i got a very exciting post untuk share dengan korang. Ini adalah my very first experience trying embroidery and i was very excited to start this project. First of all embroidery is one of my bucket list, tapi aku tak tahu nak start dari mana dan apa start kit yang aku perlukan. So aku start belajar crochet dahulu sebap supply yarn kat sini are very accessible but still limited choice type of yarn which is ada banyak jenis acrylic sahaja. So main source aku just base on online market only, kan best kalau ada local shop yang supply barang craft dan hobby yang complete macam Hobby lobby kat US. 

So without further do aku nak story journey aku dalam experimenting teknik embroidery ni. One fine day aku tengah scrolling apps Shoppee aku and my Shoppee feed suggestion ada starter kit embroidery untuk beginner. Aku pun macam hype la sesaat (LOL),  aku scroll starter kit ni dan keep on my cart dulu. One advice aku nak bagi kat korang before kita start benda yang baru aku suggest sentiasa buat research dulu sebelum kita buat investment kat sesuatu benda. 

Youtube adalah best source kalau nak tengok tutorial, aku banyak tengok jenis jahitan embroidery, tutorial untuk beginner dan juga tips and trick embroidery. Aku rasa bagus sangat kalau kita ada basic knowledge sebelum kita purchase sebap dapat prevent dari pembaziran. So after aku buat research aku beli la start kit ni kat Shoppee. 

Bagi aku, aku lagi suka buat design yang simple, lawa dan aku tahu apa aku nak buat lepas dah siap project ni. So aku cari cari la start kit yang best, then aku jumpa shop ni. Aku Highly recommend kat korang untuk beli start kit kat kedai ni sebap quality is tip top also review shop ni pun semua best best. Agent seller pun sangat helpful dan jangan risau kalau barang korang ada defect korang boleh je return balik item korang. Kalau korang berminat boleh visit shop ni kat Shoppee nama kedai dia homesixno1.my 


Ni la design start kit yang aku pilih

Sangat banyak option guys


After few weeks barang aku pun sampai, agak ambil masa la barang nak sampai sebap shop ni dari China tambah lagi masa PKPB ni barang aku pun nak seminggu stuck kat kastam. So aku ada beli dua starter kit ni and surprisingly aku tak perasan yang aku order design yang sama. But it's ok la sebap colour canvas berbeza also colour placement pun tak sama. Still loving it :) 

Ini la barang yang dapat dalam start kit embroidery dan packing pun bagus 

Barang yang included adalah hoop, canvas, benang, jarum dan juga instruction

Aku sangat puas hati dengan barang yang aku dapat, aku boleh bagi 10/10. Bagi aku fabric ni dia agak tough dan tak berlubang sangat, sesuai sangat bagi newbie sebap aku banyak buat error dan bila aku buka jahitan fabric still ok. Instruction pun senang sangat nak follow sebap instruction dia agak straight forward dan mudah difahami. 

Benang pun lembut je 


Instruction setiap jenis Jahitan


Paling penting sebelum start kita kena baca instruction dan letak posisi canvas sama dengan intrustion. Masa pasang canvas di dalam hoop aku rasa awkward sikit sebap aku tak pernah rasa macam mana nak letak canvas ni. Tapi conclusion yang aku dapat korang just letak canvas dalam hoop, ketatkan ikatan gulungan hoop sambil tarik canvas supaya canvas kita terletak tengah dan ketat. Masa aku buat ni aku rasa tak ketat je then aku balik balik ketatkan canvas but aku rasa kita tak perlu ketatkan sangat selagi jarum tu senang nak tembus dah ok dah. 

My First stitch - Satin Stitch

Ni adalah first stitch aku, nervous gila masa ni sebap aku tak tahu apa aku buat ni betul ke tak. Dah balik balik aku replay tutorial tapi still aku rasa nervous. First daun yang aku jahit aku masih rasa kekok dengan cara aku pegang jarum dan jahitan aku pun tak berapa kemas. Tips yang aku boleh bagi kat korang kat sini, kalau kita ikut templet yang banyak drawing macam ni aku suggest korang jahit lebih besar sedikit dari lukisan. Silap aku kat sini aku jahit betul betul di atas lukisan so garisan lukisan tu jelas dan nampak tak kemas. But actually korang tak perlu risau sebap garisan lukisan ni senang je nak hilangkan, boleh spray dengan air je. Also hati hati bagi orang yang berpeluh tangan macam aku dan setiasa keringkan tangan sebelum sentuh project korang. 



Lepas dah siap satu warna benang aku tukar benang untuk next stitch. Aku decided buat stitch yang kecil kecil dahulu sebelum kita go big. Motif aku buat macam ni sebap aku nak cari momentum dahulu supaya aku tak buat banyak silap. Tips aku boleh bagi kat sini sentiasa buat knot sebelum buat jahitan so jahitan kita tak senang terbuka. Selain itu sentiasa knot juga sebelum kita tukar benang dan untuk tail aku suggest jangan bagi panjang sangat dan tak gunting terlalu pendek juga. 
Jahitan benang yang bewarna pink tu kena pangil France knot, aku silap sangat kat sini nampak sangat messy. Dah tengok tutorial pun masih silap. 

Send help, French knot aku perlukan plastic surgery


Aku abaikan dulu french knot aku dan aku move on to the next stitch. By the way Satin Stitch aku untuk daun, French knot dan detailing aku ambil masa hampir 3 jam. Ambil banyak masa la guys buat benda ni, dan dalam 3 jam tu ibu jari aku dah start lenguh. Feeling tu dah lama aku tak rasa, sama dengan masa aku buat project crochet yang pakai jarum 2.5mm. Aku memang struggle sikit bila pegang benda yang kecil ni, kalau setakat pegang aku rasa ok tapi bila kita dah put tension tu memang boleh bengkak jari. Aku nak ingatkan juga kat korang supaya sentiasa berhati hati bila menjahit sebap aku selalu tekena dengan jarum. So tips aku sentiasa pegang hoop dan jangan letak jari di bawah jarum yang kita nak cucuk. Selain daripada itu sentiasa ketat kan fabric kita supaya jarum senang untuk go thru inside the fabric. 
Next aku start working with my red flower, jahitan ni simple juga dan aku suggest refer kat instruction atau boleh tengok tutorial. My minor error kat sini aku over confident dengan teknik jahitan aku, nak experiment tapi nampak sangat messy (LOL). Kalau korang perhatikan betul betul ada gap di dalam jahitan aku dan aku nak advice kat korang sentiasa buat stitch yang rapat rapat supaya jahitan nampak kemas dan teratur. Selain daripada tu aku nak share tips kat korang supaya benang tak bergulung, bila kita tarik benang untuk go thru the fabric pastikan korang tak tarik terlalu laju dan paksa benang untuk go thru. Kalau dah sangkut slowly longarkan benang dan slowly tarik benang untuk ketatkan jahitan. 
Aku agak struggle time buat bunga merah dan pink ni. Believed it or not aku ambil masa sehari untuk habiskan jahitan ni. Mybe pasal ibu jari aku dah mula sakit thats why kerja aku agak slow.

Bunga colour Pink tu aku dah tahu trick jahitan dan aku agak puas hati dengan result jahitan yang aku buat. Di dalam tengah bunga pun ada French knot which is aku failed tapi aku cuba juga untuk perbaiki teknik aku and finally aku dapat faham trick jahitan ni. 



Revamping My France Knot 2.0

So aku decided untuk redo frence knot aku. Kalau korang nak redo jahitan aku bukan suma jahitan kita dapat spare benang kita. Macam french knot ni memang tak ada cara untuk preserve balik benang ni. So nak tak nak tepaksa putuskan je untuk rdo the process. Sadly benang colour pink tak cukup dalam starter kit yang aku beli, tak macam colour yang lain ada baki benang, maybe aku pakai benang banyak sangat masa jahit bunga colour pink. But its ok aku still boleh pakai warna benang yang lain. Syukurlah ada benang extra warna merah dan aku buat pakai benang ni and the result aku boleh cakap a bit decent dan aku improve banyak dari sebelumnya. Tips aku kat sini korang jangan terlalu bagi tension kat benang but only bila nak tutup knot ni kena ketatkan betul betul. Bukan tarik dari bawah fabric tapi di atas fabric sahaja sebap kalau tarik kuat sangat di bawah fabric knot ni senang nak tembus. So Buat slow slow.

The next day, aku analyze hasil kerja aku dan aku dah tahu part mana yang aku perlu perbaiki. Part paling last aku save adalah jenis ramble Stitch which is aku banyak tengok tutorial dan aku tengok dari pelbagai teknik. To be honest my confident level nak buat jahitan ni only 4/10. Aku tak yakin dapat buat yang terbaik but bila aku fikirkan balik selagi kita tak buat kita tak tahu macam mana result yang kita akan dapat. So ramble Stitch aku boleh cakap a little bit trick  untuk start tapi bila kita dah masuk middle part kita akan automatic boleh tangkap teknik jahitan ni. 
Tapi seriously hampir 4 kali aku redo jahitan ni, syukur sangat fabric aku tak rosak. Yang bestnya aku dapat save benang aku dan tak membazir. Semasa buat jahitan ni konsep nya still sama daripada jahitan yang lain. Sentiasa rapatkan jahitan supaya jahitan kelihatan lebih kemas dan teratur. 

Finished


So overall, dalam experimenting aku ni aku boleh cakap, teknik embroider memerlukan focus yang banyak dan kena buat slow slow. Jari akan terasa lenguh semasa buat project ni dan aku suggest supaya pakai tape kat jari untuk tarik jarum. Project ni aku ambil masa dalam 3 hari juga sebap jari aku dah lenguh and also very painful. Aku nak suggest juga untuk start dengan project yang kecil dahulu, sebap dah  hampir 5 hari sakit ibu jari aku tak hilang lagi. Bila korang dah puas hati dengan kerja korang, boleh gunting extra fabric dan boleh gantung kat dinding atau boleh letak kat shelve untuk perhiasan. 

But honestly aku sangat enjoy belajar embroidery and in future aku nak try buat embroidery kat tshirt aku atau buat kat portrait canvas. Now aku faham kenapa embroidery ni agak pricey also ada banyak lagi yang aku nak explore tentang teknik ini. Aku harap korang pun cuba hobi ni sebap im sure you guys gonna love it, art form embroidery ni boleh jadi conversation pieces also a statement piece untuk decoration korang. Now every morning aku suka stare at my embroidery pieces and i dont know why aku happy sangat dapat mencuba hobi ni. 

Thats all for today guys, aku harap experiment aku ni dapat membantu serba sedikit untuk korang yang nak try teknik ni. Yang paling penting korang kena enjoy setiap process pembikinan korang, dan jangan mudah mengalah. Thanks for reading and have a good day ❤
 

















Post a Comment

3 Comments

Meng said…
Beautiful ❤️❤️❤️
Makasih meng. mimang ganti2 ni nama :P
Anonymous said…
Hebatnyaaa. Love ittt ❤️❤️❤️