CONT: PART 2
SAMBUNGAN DARI PART 1 CROCHET MANDALA.
ROW 10
CHANGE COLOUR YARN
SLIP STITCH ON TOP OF FRONT POST
DOUBLE CROCHET
CHAIN 3 HALF TREBLE CROCHET,
CONNECT, CHAIN 4, 3 HALF TREBLE INTO THE SAME SPACE CHAIN
So dalam row ni, pattern ni agak berlainan. Lepas ganti benang kena start dari atas front post double crochet, chain 3 half treble 2 kali connect 3 loop dan chain 4 kali. Lepas tu half treble crochet 3 lagi di stitch yang sama. Bila nak pindah next stitch tak perlu nak chain, buat macam biasa ja dan ulang balik buat 2 petal di atas front post double crochet.
This is Row 10 |
ROW 11
CHANGE COLOUR
CHAIN 2 INTO CHAIN SPACE
DOUBLE CROCHET 4, CHAIN 2, DOUBLE CROCHET
5
Ganti warna yarn , start dari space chain ( di tengah petal ) dan chain 2, 4 double crochet, chain 2 . Selepas tu next chain space 5 double crochet dan chain 2. Pastikan sebelum habiskan barisan ini jangan lupa untuk chain 2.
This is Row 11 |
ROW 12
CHANGE YARN COLOUR
SINGLE CROCHET 5, DOUBLE CROCHET
INTO CHAIN SPACE ROW 10
Ganti warna benang, slip stitch di atas double crochet, chain one dan single crochet 4. Stitch nombor 6 kena buat double crochet di space chain row 10. Pastikan semasa turun ke row 10 sentiasa loose kan benang sepaya level jahitan adalah serata.
Pattern seperti ini la yang best bila ganti warna benang, sebap dari jauh nampak contra dan even the small details nampak statement nya .
This is row 12 |
DOUBLE CROCHET 5X, CHAIN 2
Barisan ni agak basic. lepas siap barisan 12 boleh slip stitch dan chain 3 dan double crochet 4 kali di atau single crochet dan chain 2 di atas double crochet. next stitch masuk di atas single crochet dan double crochet 5 and chain 2.
This is row 13 |
ROW 14
SLIP STITCH TO THE THIRD DOUBLE
CROCHET
CHAIN 4, 4 HALF TREBLE CROCHET,
CONNECT, CHAIN 4, SINGLE CROCHET INTO THE 3RD DOUBLE CROCHET
Dalam barisan ni agak tricky sedikit, kena kira betul betul di mana kita nak buat stitch. Refer gambar dibawah supaya tak silap. Kalau nak ganti warna benang boleh slip stitch di tengah double crochet dimana stitch nombor 3. tetapi dalam project aku, aku tak tukar warna benang jadi apa yang aku buat adalah lepas siap chain 2 di row 13 aku slip stitch smpai ke stitch nombor 3 di atas double crochet. Selepas itu chain 4 kali dan kita akan buat kelopak bunga lagi seperti di barisan sebelumnya. 4 half treble crochet di atas chain 2 row 13 connect treble crochet dan chain 4 ke double crochet row 13.
Satu tips aku nak bagi sebelum kita habiskan row ini atau mana mana row aku nak pesan sentiasa cek jahitan supaya kiraan jahitan mandala menjadi dan tidak kekurangan jahitan. Sometime small mistake tak nampak di jahitan ni tapi agak besar effect jika kita dah silap dari awal dan Mandala ini tidak akan menjadi bulat.
This is row 14 |
ROW 15
CHANGE YARN COLOUR
SLIP STITCH INTO THE TOP TREBLE
CROCHET
CHAIN 2, DOUBLE CROCHET, CHAIN 2,
DOUBLE CROCHET 2, CHAIN 7
2 DOUBLE CROCHET, CHAIN 2, 2 DOUBLE
CROCHET, CHAIN 7
Ganti warna benang, setiap kali menganti warna benang jangan lupa untuk sisip jahitan sisa benang di row sebelumnya. slip stitch di atas kelopak chain 2, double crochet 2 chain 2 dan 2 double crochet dia dalam stitch yang sama. Ni adalah shell dan ni adalah jahitan yang basic bagi crocheter. Selepas siap Shell di atas peak kelopak bunga jangan lupa untuk chain 7 kali dan ulang step ini di keliling bulatan.
Sila refer gambar di bawah untuk reference korang.
This is row 15 |
ROW 16
CHANGE YARN COLOUR
CHAIN 3 HALF TREBLE CROCHET 2
CHAIN 1,HALF TREBLE CROCHET 3 CHAIN 1 X2
CHAIN 3 SINGLE CROCHET INTO CHAIN
SPACE CHAIN 3
HALF TREBLE CROCHET 3, CHAIN 1 X3
Ganti warna benang. So dalam barisan ini kita kena start dari chain 2 yang berada di dalam shell. Kita kena buat 3 set kelopak bunga. First chain, 2 half treble crochet ingat jagan habiskan treble ini, combine 3 loop ini dan chain 1. Selepas itu kena buat 2 set kelopak bunga di dalam stitch yang sama yang mana, 3 half treble crochet combine 4 loop dan chain 1 dan seterusnya.
Bila dah siap 3 set kelopak bunga hain 3 kali dan single crochet dia tengah space chain row 15. Pastikan single crochet betul betul berada di tengah space chain row 15. Kemudian chain 3 dah ulang semula 3 set kelopak bunga yang berada di dalam shell dan seterusnya. Selepas siap di keliling bulatan mandala jangan lupa ya untuk cek semula Stitch korang.
This is row 16 |
ROW 17
CHANGE COLOUR YARN
SLIP STITCH INTO THE ONE CHAIN SPACE , CHAIN 2, DOUBLE CROCHET, CHAIN 3,
SLIP STICH INTO 1ST CHAIN, DOUBLE CROCHET X2
2 DOUBLE CROCHET , CHAIN 3, SLIP
STICH TO THE 1ST CHAIN, DOUBLE CROCHET X2
Ni adalah barisan terakhir, kita akan buat picots crochet. Picots crochet ni sangat kerap untuk ending project mandala. So firstly aku ganti warna benang dan slip stitch di ruang chain one. So dalam part ni kita akan buat shell dan picots. Lepas da slip stitch, kita kena chain 2 1 double crochet , chain 3 dan slip stitch d chain pertama dan2 double crochet.
Ini adalah barisan yang terakhir bagi aku sebap aku refer dengan diagram. But honestly korang boleh tambah barisan dengan creativity korang sendiri sebap bagi aku free style itu epic dan kepuasan bila siap projet tu berbeza kalau kita tambah kita punya personal touch.
Project ini memakan masa dalam 6 jam bagi aku tapi aku x direct buat la. Aku ada take break juga, buat exercise ni memang memakan masa yang lama bila aku tengok diagram aku estimate dalam sejam dua je sekali 6 jam baru siap. Jumlah Yarn yang aku guna lebih kurang 80gm la agak agaknya la. Susah nak kira sebap pakai banyak warna benang.
Aku harap korang enjoy dengan content aku pada kali ini. Selamat mencuba dan Happy crochet ✌
0 Comments