SUNFLOWER GRANNY SQUARE PILLOW - FOR ADVANCE BEGINNER

 💓 Hello, thanks for dropping by💓


Today i got a very exciting tutorial to shared with you guys which also happen to be my very first pillow project. The beauty of Granny Square ini kita boleh buat pelbagai jenis project seperti bantal, cardigan, sofa, lapik meja dan macam macam lagi. Dalam pattern crochet selain daripada doily dan mandala, granny square juga antara salah satu favorite pattern aku.

Granny square ni, senang sangat nak buat boleh guna kiraan genap dan juga ganjil. Bagi aku theory untuk dapatkan segi empat yang sempurna adalah dengan kiraan stitch yang sama di setiap sudut dan formation chain space di setiap sudut adalah tempat untuk increasing stitch. Jika kita start dari pattern yang berbentuk bulat seperti puff stitch, pastikan kiraan puff boleh dibahagikan dengan 4, so basically untuk lagi mudah untuk difahami bila start tu kita pakai kiraan sifir 4 or 8.  


So without further do jom start tutorial project ni.

Supply: 

Your colour selection Yarn


Lining fabric, stitch marker, Tapestry Needle, Jarum jahit, benang jahit, hook, gunting, Kapas bantal


Step:

Round 1 - 6


Short term description

CHAIN

CH

HALF DOUBLE CROCHET

HDC

DOUBLE CROCHET

DC

SINGLE CROCHET

SC

SLIP STITCH

SL

HALF DOUBLE CROCHET 3 TOGETHER

HDC3TOG

CHAIN SPACE

CH-SP

PUFF STITCH

PUFF

REPEAT

REP

FRONT POST  DOUBLE CROCHET

FPDC


ROUND 1 -MAGIC RING, CH 1, HDC – REP 12X

ROUND 2 -SL CH-SP, HDC3TOG (PUFF), CH 2 – REP 11X

ROUND 3 -SL-CH, CH 1, HDC3TOG (PUFF), CH 3 – REP 11X

ROUND 4 - SL-CH , HDC3TOG (PUFF), CH 3, HDC3TOG (PUFF) , ( 2 PUFF INTO SAME CH-SP), CH 1 

HDC3TOG (PUFF) CH 1, HDC3TOG (PUFF) (SAME SP), CH 1, HDC3TOG (PUFF) (SAME SP) CH 1, REP INTO THE NEXT CH-SP, REP – 24 TOTAL PUFF – 4 TOTAL CH 3

ROUND 5 - SL INTO CH-SP 3, CH 2, 2 DC , CH 3, 3 DC INTO THE SAME SP, 2 DC INTO NX CH-SP 4X, 3 DC, CH 3, 3DC (SAME SP-CH) REP 3X

ROUND 6 - SL INTO 3 CH-SP, CH 2, 1 DC, CH 2, 2DC INTO SAME SP-CH, 16 DC FOLOWING STITCH, 2 DC INTO SP-CH 3, CH 2, 2 DC, REP

ATTACH ALL SQUARE TOGETHER AS YOU DESIRE

FRAMING

ROUND 1

HDC ALL ARROUND – CORNER – 2HDC, CH 2, 2HDC INTO THE SAME SP-CH  – NOTE: 2 SC INTO THE SP-CH AND FPDC INTO THE RIM STITCH

ROUND 2-3

HDC ALL AROUND – CORNER – 2 HDC, CH2, 2 HDC INT THE SAME SP-CH – REP

ROUND 4

ATTACHING 2 PIECES TOGETHER –NOTE: STITCH THE RIGHT PIECE AND INSERT PILLOW

HDC ALL AROUND – CORNER – 3HDC, CH 3, SL 1ST CH, CH 4 SL 1ST CH, CH 3, SL 1ST CH (PICOT ST), 2HDC INTO THE SAME SP-CH - REP  

ADDITIONAL:  ADD MORE PICOT ST EVERY 13HDC ST AS YOU GO

For Downloading Pdf File Please click Here 


Aku buat dalam 24 keping untuk project ni, 12 coklat 12 lagi putih dan aku suggest korang spare 80gm untuk setiap warna benang. Setiap kali korang nak fasten off benang aku sugget korang supaya sentiasa double check jahitan supaya korang boleh proceed step seterusnya also semasa buat framing nanti korang tak ada masalah kekurangan stitch. Cara aku attach square ni sangat senang aku mix 2 jenis basic teknik jahitan. Yang pertama aku jahit secara menegak mengunakan teknik single crochet dan cara melintang untuk teknik jahitan biasa menggunakan jarum tapestry. Boleh refer gambar dibawah untuk lebih jelas. Quick note asingkan front and back piece untuk framing.



Dah settle mencantum sekarang korang ada dua keping untuk muka hadapan dan belakang.Untuk start framing sentiasa start daripada bucu corner. Cara untuk start framing still sama dengan square yang kita buat. Tapi incase kalau korang tak nak ada lubang korang boleh buat 5 half double crochet disetiap bucu. Satu tips aku nak share dengan korang cara untuk cepat belajar pattern adalah dengan ubah suai setiap tutorial yang korang belajar tapi pastikan bila nak ubah suai pattern korang kena tahu apa requiment pattern contohnya kiraan stitch. Untuk part framing aku lagi suka kalau korang boleh freestyle tapi pastikan kira dulu total stitch.

 Semasa buat framing ni, setiap square korang akan jumpa bucu square kecil, aku suggest untuk buat 2 half double crochet dan satu front post double crochet diatas jahitan rim supaya size square tu nampak lurus dan tidak ada pengurangan stitch. 



Cara membuat bantal aku rasa kebanykannya dah tahu, boleh jahit menggunakan tangan jika tak ada mesin jahit. Actually aku pun tak berapa tahu pasal cara menjahit fabrik yang betul tapi aku just guna logic dan aku ada tengok a few tutorial dekat youtube. Seterusnya aku ambil ukuran besar mana square aku dan tambah 1 inch untuk seam stitch. Kain lining ni mudah untuk carik di hujung kain so aku guna double tape untuk secure hujung lining aku dan memudahkan aku untuk attach 2 keping lining. Aku rasa teknik menggunakan double tape ni sangat membantu bagi newbie dan sangat jimatkan masa.  

Selepas siap framing untuk kepingan depan dan belakang pastikan jumlah stitch setiap kepingan adalah sama. Setelah selesai boleh la attach kepingan ni bersama dan sentiasa mula jahitan daripada bahagian bucu square. Pastikan juga sebelum menjahit kepingan square korang facing the right way bukan jahit di belakang square. Untuk mencantum kepingan ni pastikan korang jahit di lubang stitch yang sama jangan ada termiss nanti jahitan tu nampak tak rata. Aku ada buat extra sikit untuk bahagian ni, aku tambah picot stitch bagi lawa sikit tapi ini optional korang boleh skip kalau tak suka Picot. Bila dah sampai dekat barisan terakhir tu barulah boleh masukan bantal dan jahit. Selain daripada itu, kalau korang nak tambah zip pun boleh ikut pada cita rasa sendiri. Dah siap 💓


Picot Stitch



Aku harap korang enjoy dengan turorial ni dan harap dapat membantu korang untuk berispirasi dan jadi lagi kreatif. Kalau korang follow tutorial aku, aku sangat berbesar hati untuk tengok hasil kerja tangan korang and im inviting you guys untuk post dekat Facebook aku, korang boleh click di sini atau join group telegram Free Pattern aku. Have a Nice day and happy Crocheting guys.




















Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
Love sgt laaaa ❤️❤️