❤ Hello, Thanks for dropping by ❤
Hari ni aku nak share a very simple tutorial untuk buat Handbag sesuai buat beginner crocheter. Project ni pun tak makan cost yang besar, aku just pakai acrylic yarn di dalam 160gm dan satu Butang sahaja. Sesuai bagi beginner crocheter yang nak try project kecil. Teknik ni sangat simple tapi bagi newbie kena training dulu macam mana untuk achieve perfect square, bukan granny square tapi square cara menaik. Sometime bagi amateur crocheter ada sesetengah yang tak tahu di mana chain untuk stitch yang terakhir.
Aku nak share sedikit teknik yang aku guna dan mudah difahami, bila nak buat turning project kita akan chain 1 untuk single crochet, chain 2 untuk double dan 3 untuk treble atau semasa guna benang yang tebal. Setiap kali kita nak buat turning aku suggest untuk insert hook kat dalam stitch (chain yang paling atas) bukan kat luar stitch, teorinya di sini kalau kita masukkan hook d luar stitch dan buat stitch aku yakin hujung square korang mesti berlubang. Bila kita nak buat frame nanti lubang tu akan jadi lagi besar so aku suggest korang untuk sentiasa teliti semasa membuat turning. Selain itu kira total stitch kalau ada nampak perubahan bentuk pada projek.
Without any further do, jom start tutorial ni ❤
Supply:
Yarn, Hook, tapestry needle |
Stitch mark |
Buttons |
So di dalam projek ni kita kna perlukan 3 kepingan base, pertama untuk kepingan depan, kedua untuk kepingan belakang dan ketiga is optional aku buat satu lagi kepingan kecil untuk letak phone.
Firstly aku buat front piece dulu.
Round 1- 2 Tak kesah korang nak buat berapa chain ikut suka nak besar macam mana, Projek aku ni aku buat chain 40 + 2 , kemudian buat half double crochet di semua stitch untuk row ni
Round 3 - 5 Half double crochet
Round 6 ( Start Alpine Stitch) 2 Half double crochet 1 front post double crochet ( Ini hanya untuk permulaan jahitan sahaja), 1 half double crochet, 1 front post double crochet ( Selang seli) bila dah nak sampai hujung save 2 stitch untuk 2 half double crochet
Round 6 Chain 2 dan half double sampai hujung
Seterusnya korang ulang semula round 5 dengan 6 sehingga korang puas hati dengan tinggi untuk kepingan hadapan korang. Dalam project aku, aku buat sampai 32 round. Bagi Beginner yang tak familiar dengan Alpine stitch boleh tengok tutorial ni Tutorial Alpine Stitch
Round 1 - 5 |
Finish 37 round |
Dah siap Front piece ni aku buat untuk belakang pula, untuk bahagian ni korang boleh buat design sendiri tapi aku buat lagi tinggi daripada front piece aku . Boleh refer gambar dibawah untuk rujukan korang.
Kat bahagian sini aku repeat balik step macam aku buat front piece tu. Tapi bezanya bahagian ni lebih panjang sedikit dan akan ada perubahan stitch di hujung piece. Seperti front piece aku buat 32 round untuk alpine stitch tetapi bahagian ni aku tambah lagi 12 round so total alpine stitch aku ada 44 round. Step ni optional, boleh buat ikut desire korang nak panjang macam mana.
Round 45 - Half double crochet
Round 46 - Half double crochet 18 kali, Chain 4, Skip 4 Stitch , half double crochet 18 kali
Chain space ni adalah untuk lubang butang, kalau butang korang kecil just kurangkan chain dan kalau butang korang lagi besar korang just tambah chain.
Round 47 - 50 - Half Double crochet all around. ( Note- Bila da sampai kat space chain boleh half Double crochet 4 kali, Methodnya sama dengan chain permulaan project. Buat stitch kat dalam chain. )
Space chain untuk lubang butang |
Tali |
Butang |
Beg ni aku tak buat lining sebap project ni aku buat untuk budget friendly dan juga khas untuk beginner. Korang boleh tambah kalau nak tapi kalau tak pakai pun tak apa sebap alpine stitch ni rapat dan tak berlubang sangat almost not necessary untuk pakai lining. Selain daripada itu beg ni senang je nak basuh tapi tak boleh masuk dalam mesin basuh, cuma kena basuh pakai tangan tapi tak boleh diperah.
Project ni cuma ambil masa 3 hari tu pun aku banyak buang masa, kalau korang fully buat aku rasa dalam dua hari pun boleh siap. Aku harap korang enjoy dan terinspirasi dengan Tutorial aku, kalau korang follow tutorial aku korang boleh post dekat page Facebook Group ni. Selamat mencuba and Happy Crocheting guys ❤
0 Comments