❤My fertility journey❤
Hello, today terasa nak share pasal my fertility experience. Ramai kat luar sana yg ada experience yang sama macam aku yang dah bertahun berusaha untuk pregnant tapi sampai sekarang xde rezeki lagi.
Tahun ni dah masuk 4tahun aku berkahwin, terlalu banyak cabaran dan dugaan bila da di dalam alam perkahwinan ni. Tambahan lagi bila timbul isu pasal ‘anak’. Isu ni sangat sensitive bagi aku banyak ikthiar da aku dan suami cuba tapi ramai orang x faham dengan struggle kita. Orang akan ckp bini dia tu ini tu la x dpt anak, ada lagi yang pernah cakap dngan aku yg aku xpreg pasal aku ni terlalu sayangkan kucing. What? Kite ni manusia xperlu la kita ambil kerja Allah, tu urusan Allah dengan kita kenapa perlu nak sibuk dengan masalah aku.
Terlalu sakit hati bila orang suka buat assumption pasal kita padahal diorng xtahu pun apa yg kita alami. Netizen akan buat kita rasa serba salah dengan diri kita ni. Ari2 kita tanggung kesakitan mental ari2 juga kita bertarung dengan our mental game. So aku nak share apa usaha yg aku pernah try selama 4tahun ni aku harap dapat membantu bakal ibu d luar sana.
1st year berkahwin, isu anak ni aku dan suami x ambil kesah sangat kalau ada ada la kalau xda tunggu je gtu. Sebap kalau pegi klinik pun diorng xambil perhatian sangat couple yang baru berkahwin ni diorng akan layan case yg da masuk 4 thun dan ke atas. So 1st year tu kira aku dan suami honey moon je dulu. Then masuk tahun ke2, aku dan suami da ambil keputusan untuk ambil treatment dekat klinik ibu dan anak. Actually, memang aku ada masalah dengan haid tiap kali pergi kat klinik mesti kene bagi ubat perancang supaya period also ada buat cek up pasal thyroid but Alhamdulillah aku xda msalah tu. Then aku tnya jga Doc aku kenapa bagi ubat ni sbap bukan ubat ni x bagi orng preg ke? Then Doc aku jawap actually ubat ni blh buat preg jga ada orang makan sebulan je da blh preg. So aku xda la tnya banyak lagi aku ikut je ckp Doc aku. Then aku ambil 3 bulan punya stock ambil sekali dengam folic acid. Memang aku period tiap bulan bila consume ubat ni then tiba2 masuk bulan ke3 badan aku xtaw knapa tiba2 mcm nak pitam. Aku xdpt nak berdiri sbap kepala aku pening sangat (light headed). Nak bejalan pun Mcm nak rebah. Suami aku pun panic sbap xpernah aku jadi mcm ni. Then pergi la kat emergency, aku xtaw pasal apa mybe pasal allergic ubat or aku terlalu stress. Then smpai emergency Doc cek darah aku agak tinggi sikit, Doc pun x dpt kenal pasti kenapa badan aku react mcm tu. So Doc tu bagi air garam je untuk diminum. After that kejadian aku stop fully ambil ubat perancang dngan folic asid.
Tapi lepas aku stop ambil ubat tu Ya Allah naik gila badan aku dan yg lagi teruk period aku smpai 7bulan x keluar. Suami pun ikut risau dia pun x nak ambil risiko suruh aku ambil ubat apa2. Then start dari sini aku dan suami ambil alternative lain dengan buat urutan tradition dan makan jamu.
Tahun ke3 tu kita fully ambil ubat tradition dan selalu buat urutan untuk betulkan kedudukan rahim. Then period aku slowly normal mcm dulu. Normal maksud aku 3 bulan sekali xda lagi yg smpai 4 bulan atau lebih baru aku nak period. Memang dari umur 12 thun period aku xteratur da cuba makan jamu mcm2 pergi klinik kena bagi perancang jga. So aku agak terkilan la sedih sbap still xda rezeki nak dpat zuriat smpai skrng ni. Hari2 aku salahkan diri aku sendiri, kesian bila tngk Suami. Tapi aku bersyukur sangat dengan Allah sbap diberikan suami yg supportive dan sentiasa comfort aku. Alhamdulillah.
Then masuk tahun ni thun ke4, ada seorng kawan skolah aku share pasal satu klinik ni dia specialist bahagian fertility. Dulu aku xnak pegi klinik swasta sbap aku taw makan cost yg tinggi. Aku rasa serba salah sangat dengan suami aku sebap pasal aku terpaksa nak laburkan duit untuk buat treatment. Time pkp ni Alhamdulillah Allah bagi kami rezeki untuk buat treatment kat sana. So first appointment aku story la sama Doc aku apa masalah aku. Tapi aku hairan Doc aku dia santai je x mcm doc lain. Dia x perlu taw aku punya medical history sebelum ni Doc aku terus suggest kna ambil darah period pada hari ke2 dan kena ambil specimen suami. Then lepas dpt result tu aku x dpt bayangkan betapa happynya aku dan suami. Selama ni aku selalu salahkan diri aku sendiri tapi bila dpt result kite suami istri xda masalah nak preg. Dua2 normal. Alhamdulillah
Doc aku ckp actually orang yg regular period tu yang ada high chance dpt masalah rahim mcm tuib tersumbat yang meyebabkan kandungan luar rahim atau keguguran. What a relief bila taw benda mcm ni. Hal kecil2 pun blh buat aku happy. Then second appointment jga doc scan dalam rahim, dalam scanner Doc aku explain mana telur aku dan telur pun Alhamdulillah shat keadaan dalam rahim aku pun Alhamdulillah suma clear so chances nak preg tu tinggi. Then doc buat suggestion apa yang treatment yang sesuai buat aku. Suami aku x perlu sbap Alhamdulillah suami punya specimen pun normal. So aku kena bagi ubat period dan ubat kesuburan telur masing2 dalam 5mg je dos aku kna cuba. And surprisingly ubat period yg aku kne bagi tu bukan ubat perancang ubat ni nama dia NORCOLUT kena ambil 2 biji 2 kali sehari selama 5 hari je. Ya Allah knapa la dari dulu aku xtaw pasal ni kan. Also aku ni jenis malas dengan ubat, demam atau apa2 pun jarang nak makan ubat.
NORCOLUT |
Nak buat research pun aku sangat malas sebap apa sebap terlalu fikirkan yg xda guna aku nak buat suma ni nti kalau xpreg aku yg sedih sendiri. Terlalu pressure dengan isu anak. Then selepas habis ubat period n period hari kedua da blh start consume ubat kesuburan bagi telur kita cepat membesar dan matang. Da matang senang sperm nak sangkut. Nama ubat kesuburan tu FEMARA, ubat ni x blh beli d farmasi melainkan ada description dari Doc. Cost ubat ni agak mahal lebih kurang 250 kalau x silap aku. Ubat ni jga sama dengan ubat cancer payudara so jgan panik kalau dpt ubat ni ye. Then after habis consume ubat ni selama 5 hari aku datang appointment lagi untuk scan dan ukur berapa kebesaran telur. Alhamdulillah ubat yg aku consume tu berkesan dengan aku telur aku membesar 7cm dan telur yang matang start dari 12cm. So ada sikit lagi aku nak tungu membesar.
FEMARA |
Selepas tu Doc aku suggest ambil ubat Gonal-f. Ni ada seram sikit sbap ubat ni mcm pen dan serupa dengan ubat insulin kencing manis, kita kna jarum sendiri kat perut. Aku dah la fobia dengan jarum nak buat sendiri memang x mampu la nasib jga ada suami yg sangat supportive. Suami la jadi Doc kat rumah. Hehhehehe. Cost ubat ni sangat mahal bagi aku dkt2 rm600. Satu pen ni blh pakai smpai 7 kali kalau pakai 5mg tapi doc suggest pakai 4 kali je sbap telur da hampir nak matang. Dalam masa yg sama jga kita kna hari2 cek ovulation mana la taw da matang kan. Cara dia senang je kena beli ovulation kit dan bila ada buat line yg betul2 terang baru la blh ckp telur kita da ovulate atau matang.Then after siap 3 kali suntik dtng lagi scan dan Alhamdulillah telur aku matang and again Doc sangat impress dengan effect ubat tu kat aku. Tapi sadly telur aku x keluar dari selaput So kne tolong pecahkan selaput telur tu supaya sperm xda halangan nak berenang masuk. Dalam mind set aku Doc nak pecahkan dari dalam kne buat surgery ke ape. Tapi jangkaan aku silap just kene jarum je tapi jarum kat perut jga, tapi ya Allah fobia nya aku dngan jarum. So terpaksa akur.
GONAL-F |
Selepas proses ni baru la kita honey moon tapi tempoh telur matang max 3hari. Lepas jarum pecahkan selaput tu next day da confirm ovulate so xperlu cek ovulation kit da. So kita perlu buat plan bila masa yg sesuai untuk kita bersama dngan suami sbap suami pun kna rehat jga altleast 2 malam untuk dptkan telur yg sehat dan matang. Then after that kna tungu dalam masa 2 minggu kalau x period mean aku preg dan sebaliknya. Hari2 aku bedoa spaya xperiod.
Masa terlalu lambat berjalan masa tu aku da x sbar nak habiskan masa 2 minggu ni. Sign nak period tu mixed up sngat dngn orng yg preg. Aku tnya ramai orng mcm mana perasaan mula2 preg, mind set aku ckp jgan terlalu berharap tapi hati aku kuat ckp aku preg. Then abis je 2 minggu aku xda pun period rasa excited tu memuncak balik. Lepas je habis solat subuh aku ambil preg test rasa xsabar sangat nk tngk result. Then aku ambil test aku tunggu jap still satu line aku blur knapa satu line je. Then husband kata xpa kita try blueclear punya test yg digital and result pun sama ‘not pregnant ‘ Aku da down da time tu xda semangat da hancur harapan. And then ni la masa yg paling aku ingat, aku nak kencing skali aku period tiba2 knapa x klmarin period knapa hari ni? Memang mix up feeling da masa tu btl2 tertekan aku duk kat toilet lama. Aku speechless aku xtaw nak express perasaan aku smpai aku sakit sengugut gila and period aku heavy flow.
Aku kesian tngk suami aku sbap aku xdpt penuhi permintaan dia mesti dia pun kecewa. Aku x blh tngk muka suami aku, aku xnak dia ikut sedih tngk aku mcm ni. Tapi aku bersyukur sangat pada Allah da temukan aku dngan lelaki yg sangat kuat, sentiasa beri aku semangat, sentiasa ceriakan aku dan sentiasa sayang dngan aku. Suami aku x bnyak ckp, xbnyak tanya lepas taw aku period. Suami aku berikan aku ruang besendirian and bagi aku reason knapa aku perlu teruskan perjuangan kami. Cukup la masa ni ada bahu tempat aku menangis dan lepaskan kesedihan aku. Selalu suami aku cakap kat aku yang xde anak pun xpa asal aku ada dalam life dia pun da cukup untuk dia. Uwu sedih kot.
Ni adalah cerita pahit manis perjalanan aku untuk usaha dapatkan anak. Kalau ada rezeki boleh cuba lagi treatment ni tapi kalau ada rezeki lebih aku plan nak try treatment IUI. Even dengan sains dngan technology yg tinggi atau kita ni normal xda msalah untuk preg tapi kalau Allah tak berikan rezeki kita still xkan dpt. Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa bersangka baik dngan aturan Allah, jgan berhenti berusaha dan jgan pernah penat untuk berdoa. Aku taw bukan aku je kna ujian sperti ini ada ramai lagi wanita d luar sana yg lagi besar dugaan dari aku jadi kenapa aku perlu mengeluh? Menyesal atau pun putus asa. Ada alasan kenapa Allah x berikan kita zuriat lagi jadi kita ambil la masa ni untuk perbaiki diri kita untuk appreciate apa yg kita ada sekarang. Sayangi la suami kita sbap bukan emotion diri kita je yg matter and stop salahkan diri kita sendiri. Biar apa orng nak kata apa, kita teruskan hidup dan sentiasa ceria jgan stress2 ye. Aku doakan kepada bakal ibu d luar sana supaya cepat2 dimakbulkan doanya dan sentiasa berjuang walaupun apa pun dugaan kita hadapi. Aamiiin aaminn ammiin ❤️
0 Comments