START KIT CROCHET NEWBIE

HELLO FIRST OF ALL THANK YOU DAH SINGAH KAT BLOG AKU ❤️


Mesti ramai kat luar sana yg tengah cari hobby baru, kena2 lagi masa quarantine ni kan bosan sangat dengan aktivi harian kita. aku pun baru nak berjinak2 dalam bidang ni, xde la da pro tapi boleh la sharing sikit bagi yang clueless macam aku dulu. Actually ada banyak method untuk belajar mengait ada yg crochet ada yg knitting, tapi for me aku lagi  selesa dngan crochet. Bagi beginner mesti tngah confuse mcm mana nak start xtaw nak beli jarum saiz apa dngn mcm mana nak taw jenis dan saiz benang jom continue baca posting aku.

First of all mcm aku dulu mula2 belajar im quite  confused satu2 nya source aku belajar hanyalah begantung dengan tutorial dekat YouTube but aku da silap sbap spatutnya aku kena juga buat ulangkaji start kit apa yang btl2 aku perlukan.  

Benang

Benang ni terlalu bnyak jenis ya kalau nak explain satu2 mcm x muat kat blog ni. In my experience kan aku suggest lagi bagus pakai benang acrylic dahulu. Knapa? Sebap murah dan senang nak cari. Benang acrylic ni kita recycled balik2 pun xpa sbap structure dia still sama xda carik2 melainkan kita rosakan semasa crochet. Untuk beginner lagi baik kita try jenis2 jahitan sblm kita consider start buat projek and thats why benang acrylic sangai sesuai untuk training sbap berapa bnyak kali kita undo jahitan pun xpa. Selain daripada itu cuba untuk pilih warna benang yang cerah berbanding dengan warna gelap. Why? Sebap bila kita baru nak belajar kita kna kenal pasti d mana placement jahitan yg betul, kalau guna benang yg gelap kita senang sangat silap kira nak2 lagi kalau guna benang yg kecil. Dalam crochet kiraan chain sangat penting kalau kita miss satu chain je projek kita xkan tebentuk dngan btl.

CONTOH TEBAL BENANG (YARN)


YARN DESCRIPTION 


Jarum (HOOK)


Jarum (hook) ni basically kena taw saiz benang yg kita beli contoh kalau benang besar blh guna 5.5 smpai 7 or maybe ada yg smpai pakai 8. Bila benang kecil kita guna jarum yg besar jadi agak loose jahitan kita, bila guna benang kecil i suggest guna 3 to 4.5 hook untuk jahitan yg kemas (fit). Hook pun ada bnyak design, bagi aku, aku lagi suka suggest pakai hook yg ada sleeve. Maksud aku d sini for beginners jgan pakai hook yg full metal. Why? Salah satu sebap nya ialah bila kita baru belajar crochet motion or pergerakan masih baru. Selalunya jarum jenis metal ni jari kita akan cepat lenguh sbap kita pegang benda yg kecil pada masa yg lama. If kita guna hook yg besar yg ada getah d pemegang, projek crochet kita lagi rasa santai dan sangat senang untuk focus pada jahitan. 


HOOK 

Selain dari pada tu, kita juga kne perlu ada gunting, jarum untuk ikat jahitan dan stitch mark. Stitch mark tu x berapa penting bagi aku sbap kita boleh je guna pin tudung, klip rambut or klip kertas.  Dalam pilihan jarum untuk kemasan jahitan benang aku lagi suka gunakan jarum getah berbanding dengan jarum besi. Sebap getah ni dia flexible senang sangat nak masuk dalam sisipan jahitan dan jarum ni murah. 


Dulu aku belajar sendiri xda sifu nak bagi taw apa start kit yg perlu aku sediakan and also aku jenis x sabar malas nak buat buat ulangkaji, in the end bnyk benang yg terbuang bnyak duit aku spend pada benda2 yg aku x perlukan. 


Aku harap posting aku ni dpat membantu kepada mereka2 yg baru nak berjinak2 dalam hobby ni. Crochet ni sangat senang dan very fun bila kita dah siapakan satu projek tu terasa sngat kepuasan. Even aku da 2 thun dalam hobby ni smpai skrng aku x bosan lagi sebap ada bnyak lagi yg aku blm explore. So, lastly happy crochet guys. 


Post a Comment

0 Comments